Ahmad Qoid Afhamuddin Yusnoor

Thursday, November 25, 2010

qoid dah baik demam

captain qoid give a talk.
ni kat marina homestay
kat kedai bunga si ijlal mat bunga
si qoid yang aktif semua nak naik.

hari ni qoid dah baik dah demam dia, along dia pun sama, si iman pun sama alhamdulillah,, yang tak baik lagi ialah ayah si qoid smih selesema dan pening kepala huhu tak cukup tdo barang kali.

Tuesday, November 23, 2010

qoid demam lagik

.....qoid pergi jejalan dari kepis ke kajang, dari kajang ke sekinchan dari sekinchan ke kuala kangsar, dari kuala kangsar ke cameron highland wah jauh sungguh qoid berjalan...

balik dari berjalan qoid demam ..hehehe biasalah seronok berjalan penat kena hujan itulah jadinyer....

Wednesday, September 22, 2010

Apple - iPhone 4 - This changes everything. Again.



bila nak dapat pakai in huhu

qoid demam


hari ni qoid demam, alah kesiannayer anak ibu, dinie demam dulu, tulah bebudak ni kalau demam mesti berjangkit aduhai sabar jelah hati.



Tuesday, September 14, 2010

selamat hari raya ayah


qoid salam ayah

beraya di rumah nenek dan abuya di kepis bahau, seronok ya qoid bersalaman dengan ayah.selamat hari raya ayah, maaf zahir dan batin. Pat tu tak sabar nak duit raya. :P

Saturday, May 29, 2010

semut qoid


Baik kan semut? Bila menegur, dia menggunakan bahasa yang lembut. Kata-katanya berbentuk seruan, bukan paksaan, ajakan bukan desakan, jauh sekali cacian dan kejian . Menyeru kerana sayang. Mengajak kerana inginkan kebaikan . Dan semut itu juga seperti kita, seakan-akan dia tahu, ajakan perlu lahir dari kasih-sayang dan dengan cara kasih-sayang. Jika diri tidak suka dipaksa dan dikeji, maka diri tidak akan memaksa dan mengeji, Itu lumrah bukan?

“ Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal ”.

(Surah Al-Imran, 3 : 159 )


kebelakangan ni , si qoid sangat nakal, sampaikan aku dah tak terlayan dengan sikapnya..ini semua menguji kesabaranku..oh rupanya ktahap kesabaranku sangat nipis. Masya Allah, dugaan dari anak sendiri. si qoid suka memberontak tak tentu pasal..lagi kita kata jangan lagi dia mahu buat. yang jangan tu ibaratnya seperti di suruh suruh ..Allah hu Akbar.. kelmarin pecah mulutnya sebab jatuh di bilik air ( badan penuh dengan sabun basuh baju ) tok bak mandikan sebab badan penuh dengan sabun , dia tergelincir sendiri sebab sangat licin.

...hari ni pulak jatuh kat gazebo..sendiri dalam cubaan untuk memanjat gazebo itu sendiri..qoid-qoid sampai macam tu lasak dia...jadi anak yang taat ya qoid.. sayang anak ibu

IBU.


Saturday, April 10, 2010

qoid dah 2 tahun

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Wednesday, January 27, 2010

gusi dan gigi

si qoid nih kalau bab gigi nih memang kalah rrrrrrrr...
memang demam kalau gigi nak tumbuh..tension ibu ngan qoid nih sebab dia akan menragam kalau demam...ah ibu memang tak sabar lah..banyak sangat karenah sib baik tok mak bantu kalau tak entah ler...asyik mengharapkan jasa orang tua jek..huhu.



ibu.

Wednesday, January 13, 2010

12kg

assalamualaikum semua.


hari ni ibu bawak qoid dan iman gi klinik desa keratong 2 untuk cheak up qoid dan iman.
qoid sekarang dah 12kg dah, adalah naik sikit, hari ni nurse bagi makan ubat cacing untuk qoid aka aqay hehehe..

si iman adik qoid kena cucuk 2 bulan, kesian adik iman menangis kena cucuk oleh nurse, jahat sungguh itu nurse...wakakaka..biasalah adik , adik nak sihat kenalah cucukkan, ibu risau takut adik iman demam, so ibu mintak kat nurse ubat parasetomol untuk melegakan demam, kalau2 adik iman kena demam selepas cucuk.

so aqay sekarang dah 1 tahun 9 bulan, semakin besar dah..next cheak up 7 april nanti pulak..
hari ni ibu last day kat umah, esok ibu dah star mengajar, by the way, si dinie my sepupu dah di hantar kat umah orang sebelah rumah untuk di jaga oleh acik ekah...

futheru cheak up qoid 7 april
iman 17 feb



Saturday, January 2, 2010

boring

hari ni aqay boring giler, along takde, tok mak n tok bak pun tak de..ibu pulak sibuk ngan iman nur..arrgg..apa lagik mengaruk kat luar ngan angah awanis..hehehe


sian betul angah awanis kena jaga saya..huhu..ibu sapukan minyak kat kaki aqay sebab kaki aqay banyak kudis..hehehe

mmm aqay sekarang suka sangat masukkan tangan dalam mulut..huhu , sebenarnya bukan mengada atau sengaja nak masukkan tangan dalam mulut. Sebenarnya gigi geraham aqay semuanya nak tumbuh..heheh yang peliknya semua nak tumbuh sebelah kanan dahulu...sebelah kiri belum lagik...cuma tak timbul lagiklah kat gusi tu...sebelah kanan aqay gigi geraham bawah dan atas dah kuar dah..itu yang kekadang rasa sakit tu..

dah tu sekarang ni hujan jek, nak main kat luar rumah pun tak boleh, cik ataon pembantu rumah tak larat dah nak jaga aqay sebab aqay ni aktif...semua benda nak di panjatnya termasuklah buaian si iman nur , masa adik iman nur sedang nyenyak tido...

mm bilalah adik iman ni nak besar..aqay bosan main sorang2...

ok chow dulu.