Ahmad Qoid Afhamuddin Yusnoor

Saturday, May 29, 2010

semut qoid


Baik kan semut? Bila menegur, dia menggunakan bahasa yang lembut. Kata-katanya berbentuk seruan, bukan paksaan, ajakan bukan desakan, jauh sekali cacian dan kejian . Menyeru kerana sayang. Mengajak kerana inginkan kebaikan . Dan semut itu juga seperti kita, seakan-akan dia tahu, ajakan perlu lahir dari kasih-sayang dan dengan cara kasih-sayang. Jika diri tidak suka dipaksa dan dikeji, maka diri tidak akan memaksa dan mengeji, Itu lumrah bukan?

“ Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal ”.

(Surah Al-Imran, 3 : 159 )


kebelakangan ni , si qoid sangat nakal, sampaikan aku dah tak terlayan dengan sikapnya..ini semua menguji kesabaranku..oh rupanya ktahap kesabaranku sangat nipis. Masya Allah, dugaan dari anak sendiri. si qoid suka memberontak tak tentu pasal..lagi kita kata jangan lagi dia mahu buat. yang jangan tu ibaratnya seperti di suruh suruh ..Allah hu Akbar.. kelmarin pecah mulutnya sebab jatuh di bilik air ( badan penuh dengan sabun basuh baju ) tok bak mandikan sebab badan penuh dengan sabun , dia tergelincir sendiri sebab sangat licin.

...hari ni pulak jatuh kat gazebo..sendiri dalam cubaan untuk memanjat gazebo itu sendiri..qoid-qoid sampai macam tu lasak dia...jadi anak yang taat ya qoid.. sayang anak ibu

IBU.


2 comments:

udanggalah said...

Salam..Begitulah sukarnya mendidik anak tetapi ianya nanti akan menjadi kenangan paling indah setelah ia dewasa dan berjauhan dari kita...
Perkara paling bermakna dalam hidup ibu-bapa setiap kali anak mencipta kejayaan...
Itu pengalaman saya...

love is forever said...

waalaikumsalam, begitulah, anak2 murid ramai boleh di kawal selia, anak sorang masya Allah seperti musuh.terima kasih komen.