Ahmad Qoid Afhamuddin Yusnoor

Sunday, September 9, 2012

merdeka raya qoid 2012


assalamualaikum semua
dah lama saya tak update blog saya bukan setakat sawang , dah ada burung layang2 buat sarang dah hehehe, ibu saya sejak belajar nih sibuk nak update blog ni, blog ibu pun baru jek sapu sib baik tak ada batman buat rumah dia kat blog ibu tu  lagik hehehe..

tengok saya sekarang dah besar panjang dah sekolah dan yang penting dah pandai posing pelbagai cara hehehe. saya dah pun ada ramai kawan dan dah pandai berdikari sekarang.

ibu kata saya semakin bijak, dalam semua perkara, bijak bercakap, bijak bermain, bijak kelentong along dan bijak bila nak main permainan iman, ( psiko kuat ). tapi saya masih suka minum shu shu hehehe.

tahun depan kalau dapat saya nak sekolah pra kat sk bandar tun razak, kalau dapatlah, kalau tak dapat saya sekolah sekali ngan iman dan dinie.
k saya nak main esok lusa saya suh ibu update lagi yer, kbai.

0 comments: