6 June 2008.
Sudah dua bulan 4 hari umur AQAY, hari nih ada majlis cukur jambul kat rumah tok Abuye kat kepis, entah tok Abuye dia nak sangat buat majlis cukur jambul nih, boleh kata hampir semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak sebelah sini, ayah cuma bantu beli ikan tenggiri sayur sikit ngan udang tuk buat lauk tambahan.
Ikan tenggiri masak lemak cili api ngan terung belinja, udang mak lang dia tambah lagi buat sambal udang, tapi sian kat ayah AQAY tak makan pun udang tuh. Tak sempat katanya, padahal ada jek dah depan mata malam tuh.
Tok Abuye adalah orang pertama yang menggunting rambut AQAY ketika marhaban berlangsung, gaya seorang yang dulunya memang tukang gunting rambut. maintain jek...
Antara tetamu yang dijemput dalam majlis marhaban cukur jambul AQAY. Alhamdulillah datang juga sahabat2 tok Abuye walaupun agak lewat dijemput, muafakat orang kampung. Di jemput tetap hadirkan diri juga.
Keesokan paginya bermula majlis mencukur rambut si AQAY nih sampai botak oleh ayah sendiri, kelakar dan kesian lak tengok, tapi ok la kepala AQAY nih ok jek. Shape masih lagi lawa, x nampak dah 4 pusar tuh.
AQAY selepas kena cukur dan mandi.
Monday, June 23, 2008
6 June 2008
Posted by love is forever at 2:55 AM 1 comments
Thursday, June 12, 2008
5.6 kg
...mmm ..ayah ngan tok mak hari ni bawa afham ke klinik desa...sepatutnya minggu lepas lagi...tapi afham gi holiday sekeluarga..so kena postpone...huhu...
Allah... sakitnya kena cucuk ngan misi....menangislah sekuat-kuat hati hari tu...tak pelah sikit jek kan...bukannya kena selalu..
...sib baik ibu tak gi ..nanti ibu nangis lak tengok afham kena cucuk...berat afham dah 5.6kg dah...sekarang dah campur susu dah...kesian ibu...ibu sampai demam2 3,4 hari..demam susu...dapat flu n cough...sabar iya ibu...semoga Allah saja yang membalasnya...Insya Allah....
Posted by love is forever at 6:33 PM 2 comments
Labels: 2 bulan
Tuesday, June 10, 2008
Monday, May 19, 2008
Saturday, May 17, 2008
pesan ibu
Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
insya Allah ibu...terima kasih kerana meninggalkan aqay pesan..
Posted by love is forever at 2:56 PM 0 comments
Saturday, May 3, 2008
klinik
2 mei hari tu gi klinik kanak2..mm timbang..kali ni timbang berat aqay hanya 4.3 kg...musykil tul..yelah hari tu misi datang umah tak bawak timbang letrik..hehe pakai timbang guna kain jek...hari ni naik timbang elektronik lak..adalah ralat dia agaknya..
apa1 pun tak kisah ler.. yang penting aqay sihat dan aktif...cuma dalam pantang ni ..pampers parak ler...yelah untuk memastikan punggung dan segalanya kering dan tidak melecit...sebab si aqay ni dalam pantang asyik membuang jek...mak kata nak buang panas badan..mak kata lagi biasa baby dalam pantang...ibu pun ambik jamu..makan itu makan ini..untuk kesihatan ibu..tapi aqay lak jadi mangsa...
Posted by love is forever at 6:56 PM 0 comments
Tuesday, April 22, 2008
4.2 kg
Hari ini dah masuk hari ke 21. Mmm lama lagi nak habis pantangkan ibu..sabar ye..hehehe...aqay dah 4.2kg dah..hehe..sedap betul hisap susu ibukan...lepas tu tidur...rrr..seronok jek..ayah dah gi kerja dah...ayah kerja elok2 tau kat tempat orang tu..we all rindu kat ayah...hari ni flight ke turkmenistan...we wish u good luck.pahit getir hidup yang dijalani...penantian suatu penyiksaankan...
Posted by love is forever at 3:09 PM 0 comments
Monday, April 14, 2008
tapak kaki



inilah tapak kaki aqay.. bak kata orang tapak kaki baru selebar 2 helai jari... semoga jadi anak yang beriman dan menghormati orang tua...
susah senang ibu mengandung 9 bulan..melahirkan..menjaga selepas lahir...huhu..cam tulah mak aku jaga aku dari dalam kandungan sampailah sekarang...sekarang pun aku still duduk ngan keluarga aku ...hanya orang perempuan jek memahami perasaan orang perempuan... orang lelaki entah ler....
Posted by love is forever at 6:02 PM 0 comments
hari ke 5 dan ke 6...jaundis

kesian aqay...kena kuning lak...aduhai..sib baik kena sikit jek..tapi kena gak tido bawah lampu...huhu..tulah tak bagi susu banyak-banyak..yelah dua-dua dah letih...
Posted by love is forever at 5:03 PM 0 comments







